20 September 2016

Bandar Diraja Pekan Pahang DM

Perjalanan diteruskan daripada kuala rompin untuk singgah sebentar di bandar diraja Pahang iaitu Pekan. Kali pertama dapat melewati istana diraja abu bakar dan kawasan persekitaran Istana.

Istana Abu Bakar telah dibina pada awal 1960-an. Istana ini diberi nama sempena nama Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah, Sultan Pahang yang ke-IV yang memerintah pada masa itu.
Istana ini telah dijadikan Istana rasmi iaitu tempat bagi majlis adat istiadat seperti pengurniaan darjah kebesaran dan di dalamnya terdapat Balairung Seri.





















No comments: