23 August 2010

Kad Akses

Maju setapak lg dengan pengeluaran kad akses keselamatan dan pengganti kad perakam waktu. Soalnya adakah dengan peruntukan kad ini kepada kakitangan akan meningkatkan produktiviti . . Penggunaan kad akses sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah penipuan. Sistem-sistem biometrik lain seperti pengimbas cap jari bergantung kepada kecanggihan teknologi pengimbas itu sendiri. . . . anda dapat anda berilah pendapat .. hehe

22 August 2010

7 Ciri2 Kite Dah Tua . .

(gambar hiasan)

1. Dulu, kalau nak membaca... dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak.... kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!! Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas... baru masuk...
3. Dulu, masa tidur menghadap muka... rapat-rapat, sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon... Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung... pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati.... macam la ada orang nak tengok dia... hiyyyy!!! Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

haha amcam sape2 yg ada ciri2 di atas sahlah korang dah tua .... hehehe

ade ke yg mcm ni....kuikuikui...



21 August 2010

Photoshop - Sesi 2



21 Ogos 2010 @ sabtu bermula jam 9.00 pg hingga 1.30 t/hari dgn kerjasama kengkawan kelas basik photoshop telah dapat dijayakan dengan dihadiri seramai 19 orang peserta. Aktiviti bulan ramadan ini telah berjaya menarik minat kawan2 dari pelbagai lapisan peringkat jawatan. Terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Jubri Hj Jaafar Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Pengurusan) yg sanggup turun menambah ilmu sebagai peserta kursus. Tak lupa juga kepada En. Megat selaku tenaga pengajar yang sanggup mencurahkan ilmu secara percuma kepada kawan2. Projek dan aktiviti seterusnya mungkin selepas hari raya puasa telah pun dirangka, insyaallah satu sesi outing portraiture pula akan diaturkan.

10 August 2010

Selamat Berpuasa


11 Ogos 2010 umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah berpuasa . . .selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak kepada rakan2 dan sahabat yg beragama islam tak kira dimana berada. Semoga ditahun ini kita akan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa takwa dan keinsafan mengerjakannya kerana ditahun hadapan kita masih tidak tahu umur kita masih ada atau pun telah meninggalkan alam fana ini. . .
“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)

02 August 2010

Nurarissa

Photo terbaru yg dirakam pada 2 Ogos 2010 ketika usia Nurarissa berusia 10 bulan.