05 November 2012

Jannah TieDye Telekung

Berminat untuk mendapatkan telekung mudah dibawa dan terbaik untuk traveling daripada Sincerely by us Shawls . . . . bolehlah layari di  https://www.facebook.com/sincerelybyushawls or http://www.sincerelybyushawls.com




untuk keterangan dan maklumat lanjut sila layari . . . Klik Sini


31 October 2012

Kota Melaka - A Famosa







A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

sumber drp . .


28 October 2012

UTeM









Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melonjakkan bilangan graduannya yang menerima anugerah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Kelapan UTeM hari ini sebanyak 24 peratus tahun ini iaitu 1,862 berbanding 1,502 graduan pada tahun lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,365 merupakan graduan ijazah sarjana muda, 317 graduan diploma, 178 graduan Sarjana dan dua merupakan graduan doktor falsafah (Ph.D).



26 October 2012

Istana Negara






ISTANA NEGARA, JALAN DUTA KUALA LUMPUR 

Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas 241.3 ekar (97.65 hektar).

LALUAN ISTANA NEGARA
 
Istana Negara, Jalan Duta mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah bagi kegunaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan. Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Pintu 2 yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu-tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu-tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.

ISTANA NEGARA LAMA . . KLIK SINI

15 October 2012

Perfect365 - arcsoft.com

Edited potrait paling sempoi with Software Perfect 365 . . . One click makeover . . . . . software yang senang digunakan untuk mengedit gambar potrait.
 
 
Klik sini utk keterangan lanjut . . .

10 October 2012

Custom Album Padang + Bukittinggi

Bukittinggi (Indonesian for "high hill") is one of the larger cities in West Sumatra, Indonesia, with a population of over 91,000 people and an area of 25.24 km². It is situated in the Minangkabau highlands, 90 km by road from the West Sumatran capital city of Padang. It is located at 0°18′20″S 100°22′9″E / 0.30556°S 100.36917°E / -0.30556; 100.36917, near the volcanoes Mount Singgalang (inactive) and Mount Marapi (still active). At 930 m above sea level, the city has a cool climate with temperatures between 16.1°-24.9°C.




 


More photos please click here.


23 September 2012

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Sehingga Disember 2009 sebanyak 187 KRT di seluruh negeri Selangor telahpun menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.

Sumber daripada . . . Klik sini 






















18 September 2012

Sunny 16 Rule

In photography, the Sunny 16 rule (also known as the Sunny f/16 rule) is a method of estimating correct daylight exposures without a light meter. Apart from the obvious advantage of independence from a light meter, the Sunny 16 rule can also aid in achieving correct exposure of difficult subjects. As the rule is based on incident light, rather than reflected light as with most camera light meters, very bright or very dark subjects are compensated for. The rule serves as a mnemonic for the camera settings obtained on a sunny day using the exposure value (EV) system.
The basic rule is, "On a sunny day set aperture to f/16 and shutter speed to the [reciprocal of the] ISO film speed [or ISO setting] for a subject in direct sunlight.

Ref wikipedia . . 

Data EXIF -  F/16, 1/200, ISO 200


10 September 2012

Berjalan 10,000 Langkah Merdeka Serentak Seluruh Negara















Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke 55, KKM telah menganjurkan aktiviti Berjalan 10,000 Langkah Merdeka Serentak Seluruh Negara.
Setiap daerah di negeri Selangor turut menganjurkan aktiviti ini pada 9 September 2012. Aturcara program bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir pukul 10.00 pagi. Peserta dilepaskan tepat jam 8.00 pagi serentak seluruh negara. Bagi peringkat bahagian Klang, program tersebut bermula di Klinik Kesihatan Bandar Botanic dan mengeliling tasik botanic dan dapat mensasarkan sepuluh ribu langkah , , , 6.5 km.