31 May 2012

Padang + Bukit Tinggi, Sumatera Barat

Percutian sekeluarga untuk 5 hari 4 malam ke Bukittinggi + Padang Sumatera Barat pada akhir May 2012 memang menarik dan berbaloi melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t yang masih terpelihara alam sekitarnya dan menikmati makanan yang enak terutama nasinya yang amat sedap. Jika ada sesiapa yang teringin untuk bercuti sambil melancong bolehlah hubungi saya untuk mendapat no tel Pak Kamal (tour guide) yang amat baik hati orangnya dan memberi perkhidmatan yang sangat memuaskan. Amat menetapi waktu dan masa pelanggan. Sebaiknya bincang dan rundinglah dahulu harga yang perlu dibayar dan jangan risau soal bayaran kerana beliau juga menerima bayaran dengan ringgit malaysia. Jika ingin membuat pangilan ke Malaysia boleh pinjam sim kad beliau dan gunakan sepenuhnya semasa kita berada disana dan pulangkan kembali sebelum kita pulang ke Malaysia. Beliau akan menunggu kita di Lapangan Terbang Minangkabau Padang dan terus mambawa ke destinasi yang dituju ke Bukittinggi dimana distinasi pelancongan dan tempat membeli belah.

Beberapa keping gambar yang tak seberapa ada dibawah ini . . .  sbb masaalah downloads yg lembab x dapat untuk dimasukkan banyak gambar ke blog ini.


 Terowong 1.6km . . . 40 meter dibawah tanah

 Bengkok selepas Tsunami Acheh 2004

 Istana Basa Pagaruyung

Makan di Pondok Flora
Jam Gadang (Trade mark Bukittinggi)


Tasik Maninjau

Pelajar Sekolah Padang

Pak Kamal dan Avanza beliau

 Pak Kamal, Che Nal, Pak Budi (owner butik)

Rp 25,000 sewa baju utk ambil photo . . . haha


Lagi photo boleh dilihat . . . Klik Sini

Custom Album saya . . . .Klik Sini

 



17 May 2012

Konvo UiTM


ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-76 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS SHAH ALAM PADA 16 MEI 2012 . . . . Congrats from parent and proud to Azrin Zainal Abidin sebab berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor dalam Istiadat Konvokesyen UiTM. Well done.










12 May 2012

MUZIUM TLDM . . . Melaka

Muzium ini memaparkan gambar Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam, peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut Malaysia.








10 May 2012

Flor de La Mar

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.








07 May 2012

Kapal Selam Melaka

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri Melaka. Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979.  Semoga projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.










02 May 2012

Pulau Ketam

1 May 2012 sempena cuti umum Hari Pekerja saya dan sahabat menjejakan kaki di Pulau Ketam sambil merakam gambar dan melihat aktiviti penduduk disini yang majoritinya berbangsa cina.






















Pulau Ketam, literally translated, means "Crab Island". It is a small island located off the coast of Port Klang, Selangor, Malaysia, and was founded circa 1880. The island is easily accessible from the Port Klang jetty by ferry. The "floating houses" that come to view as visitors approach the island are a sight to awe any city slickers. Perching casually on long wooden stilts, these dwellings are suspended about one to ten (1-10) metre above sea level. The main thoroughfares are narrow concreted pavements, whilst in the residential areas, the older rickety wooden plank bridges can still be seen. There are no cars in Pulau Ketam, only bicycles, some of which are motorised.
Pulau Ketam is equipped with almost all the basic facilities. It also plays a role as a major fish, crabs, prawns provider to Klang valley and a tourism spot of Negeri Selangor. Ferry services are available everyday. The journey takes will take about 30 minutes. Beside ferry, speedboat is also available 24 hours per day on call. If you have cargoes to deliver, cargo boats are available too.
The locals are mainly Teochew and Hoklo (Hokkien) Chinese, with Teochew, Hokkien and Mandarin Chinese the main dialects spoken.