19 May 2016

New Zealand - Day 1

As Salam and good day . .  Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengikuti konvoi kami iaitu pengembaraan the lord of the rings ke New Zealand mulai 30 april hingga 7 mei 2016.
Terdiri daripada 3 caravan dan satu van (tour leader) yang diuruskan oleh World Trade Ambassador (WTA) atau lebih dikenali Ahmad Caravan New Zealand. Penerbangan dari klia2 bermula jam 11.45malam 29 april 2016  dan sampai ke bumi new zealand (auckland) lebih kurang 5 ptg waktu tempatan 30 april 2016. Nasib baik penerbangan malam boleh jugak lelapkan mata kerana penerbangan yang agak lama iaitu kira kira 12 jam gak tentu membosankan kerana pergerakan kita terhad didalam pesawat. Setelah bermalam sehari di hotel Auckland . .  keesokan harinya 1 mei 2016 kami ke Deport Motorhome untuk mengambil Caravan dan memulakan pengembaran kami di bumi new zealand....Day 1.
Kami singgah dahulu di Park n Save untuk membeli bahan barang basah untuk memasak. Perjalanan kami adalah untuk menuju ke Hibboton Movieset yang terkenal sebagai set pengambaran filem Lord of the rings dan the Hobbits. Memandangkan ketibaan kami agak lewat program untuk masuk tidak tercapai kerana kaunter telah pun ditutup. Kami merancang agar hari terakhir sebelum pulang kami akan singgah disini. Beberapa photo sepanjang perjalanan ada dibawah . . . jarak perjalanan hari ini  adalah sejauh 250km untuk sampai ketempat bermalam di Campsite Holiday Park Rotorua.

































New Zealand Day 2 . . . Klik Sini


No comments: