Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada
perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak
kesampaian apabila tewas 1-0, pada 6-9-2014.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian
Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak
menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta
namun gagal mencetus jaringan.
Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera
serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud
Al Sowadi terselamat.
Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir
Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun
Saoud sudah pun tertewas.
No comments:
Post a Comment