20 August 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta . . .

Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.
Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri. 
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 pada 31 Ogos 2014.







No comments: