22 February 2014

Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke-5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda Sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.
Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhurkan sebagai Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang.
Masjid ini terletak bersebelahan dengan dengan Istana Negeri Selangor, Istana Alam Shah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, yang dahulunya termasuk dalam perkarangan istana. Didalam masjid ini juga terdapat satu daripada 3 makam diraja Selangor iaitu Makam Diraja Klang.






No comments: