26 June 2012

Lobang Jepang Bukittinggi, Indonesia

Percutian sekeluarga untuk 5 hari 4 malam ke Bukittinggi + Padang Sumatera Barat pada akhir May 2012 memang menarik apabila kami melawat ke Lubang Jepang (Japanese Tunnel) dibina oleh tentera Jepun (1942) sebagai tempat penyimpanan perbekalan dan peralatan perang dengan panjang terowong 1400 meter (1.4km) dan mengikut cerita terowong 6 km ada networking lagi tetapi tidak selamat utk pelawat. Memiliki terowong yang lebarnya sekitar 2 meter dan tinggi 3 meter. Kedalaman terowong ini adalah 40 meter dibawah tanah. Ruangan terdapat di terowong ini, adalah ruang pengintaian, ruang dapur, ruang penyesiksaan, penjara, tempat makan, tempat sidang, tempat tidur dan gudang senjata.
Tanah yang menjadi dinding terowong ini merupakan jenis tanah yang jika bercampur air akan semakin kokoh. Bahkan gempa yang melanda Sumatera Barat tahun 2009 lalu tidak banyak merosak struktur terowong.
Dikatakan puluhan sampai ratusan ribu tenaga kerja paksa dikerahkan dari pulau Jawa, Sulawesi dan Kalimantan untuk menggali terowong ini. Pemilihan tenaga  dari luar daerah ini merupakan strategi tentera Jepun untuk menjaga kerahsiaan projek mega ini. 
Di dalam terowong ini terdapat beberapa lorong yang bercabang-cabang. Dahulu, lorong-lorong tersebut digunakan untuk berbagai keperluan. Ruang-ruang tersebut sampai sekarang masih terjaga dengan baik dan boleh dikunjungi oleh para pelancong.
Setelah para pelancong selesai berkeliling di dalam Lubang Jepun, dapat pula menikmati pemandangan Taman Panorama dengan melihat keindahan pemandangan alam Ngarai Sianok yang membentang dan terhampar luas di depan mata.  Bila balik dan uploads gambar dalam laptop barulah tour guide bagi tahu bahawa terdapat entiti yang dirakam sekali. Malangnya saya tidak akan masuk gambar tersebut (tiga lembaga meyerupai manusia sedang duduk ditangga) didalam blog ini . .  harap maaf.

Kaunter Tiket

Pembersihan dilakukan setiap pagi . .

Pintu dibuka utk pelawat . .

Terowong menuju ke bawah tanah . . 40 meter kebawah

Pintu Masuk terowong

Pintu Masuk terowong

Ada lampu . . .setiap 10 meter

Posing utk kenangan . .

Ada Entiti terakam sekali . . .

Atas warna biru  . . . Entiti

Freelance Tour Guide . . Rp50,000

Pintu Keluar . . .

Pintu Keluar . . .

Pintu Masuk

Ngarai Sianok . .  Gunung Merapi

Ngarai Sianok

Ngarai Sianok
Tugu Jepun . .

Refreshment baby . .


Untuk melihat gambar lagi . . Klik Sini

24 June 2012

Bukit Tinggi, Sumatera Barat - Image

Percutian sekeluarga untuk 5 hari 4 malam ke Bukittinggi + Padang Sumatera Barat pada akhir May 2012 memang menarik dan berbaloi melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t yang masih terpelihara alam sekitarnya dan menikmati makanan yang enak terutama nasinya yang amat sedap. Jika ada sesiapa yang teringin untuk bercuti sambil melancong bolehlah hubungi saya untuk mendapat no tel Pak Kamal (tour guide) yang amat baik hati orangnya dan memberi perkhidmatan terbaik. Amat menetapi waktu dan masa pelanggan. Beliau akan menunggu kita di Lapangan Terbang Minangkabau Padang dan terus mambawa ke destinasi yang dituju dan menghantar kita melawat kemana mana saja yang kita ingini.
Beberapa keping gambar yang tak seberapa ada dibawah ini . . .  kepada mereka yang ingin melancong dan bercuti bolehlah melihat beberapa photo yang saya uploadskan dalam blog ini. Semoga membantu . . banyak gambar2 akan saya uploadskan lagi jika kelapangan. InsyaAllah.

Dirakam drp Imran Hotel . .  Gunung Singgalang

 Dirakam drp Imran Hotel . .  Gunung Merapi

Jam Gadang, Bukittinggi

Aktiviti di Jam Gadang

Dataran Jam Gadang

Dataran Jam Gadang

Kereta Kuda Utk Pelancong
Naik Kereta Kuda

Naik Kereta Kuda . . . round keliling bandar

Parking Area Kereta Kuda di Jam Gadang
Pasar Atas di Bukittinggi
Pandai Sikek ( Pandai Menyulam)
Menuju ke Tasik Meninjau

Panorama Sg Landia

Panorama Sg Landia

Panorama Sg Landia

Berhenti sekejap di Sg Landia

 Latar Belakang Tasik Maninjau

 Latar Belakang Tasik Maninjau

 Jalan Berlekok di Kelok 44

 Pekena Kopi di Gerai Tasik Maninjau

 Aksi Pelancong merakam gambar

 Kelok 44

 landscape sepanjang perjalanan . .

 Bas Express . . .

 pemandangan kampong dan jalan . .

 Shopping di Anissa

  Shopping di Anissa
Our transport Avanza utk 5 hari 4 mlm . . siap driver


Lagi photo boleh di lihat . . . . Klik Sini. 





11 June 2012

Razin Firas

Kelahiran orang baru . . . cucu yg ketiga pada 6 June 2012. Razin Firas . .  berat 3.63kg pada jam 12.10pm di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Alhamdulillah semuanya selamat.






















































































































































































































Maksud Nama Razin Firas
Razin Berakhlak, serius dalam perilaku
Firas  Kecerdikan, tajam fikiran