Percutian sekeluarga untuk 5 hari 4 malam ke Bukittinggi + Padang Sumatera Barat pada akhir May 2012 memang menarik dan berbaloi melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t yang masih terpelihara alam sekitarnya dan menikmati makanan yang enak terutama nasinya yang amat sedap. Jika ada sesiapa yang teringin untuk bercuti sambil melancong bolehlah hubungi saya untuk mendapat no tel Pak Kamal (tour guide) yang amat baik hati orangnya dan memberi perkhidmatan yang sangat memuaskan. Amat menetapi waktu dan masa pelanggan. Sebaiknya bincang dan rundinglah dahulu harga yang perlu dibayar dan jangan risau soal bayaran kerana beliau juga menerima bayaran dengan ringgit malaysia. Jika ingin membuat pangilan ke Malaysia boleh pinjam sim kad beliau dan gunakan sepenuhnya semasa kita berada disana dan pulangkan kembali sebelum kita pulang ke Malaysia. Beliau akan menunggu kita di Lapangan Terbang Minangkabau Padang dan terus mambawa ke destinasi yang dituju ke Bukittinggi dimana distinasi pelancongan dan tempat membeli belah.
Beberapa keping gambar yang tak seberapa ada dibawah ini . . . sbb masaalah downloads yg lembab x dapat untuk dimasukkan banyak gambar ke blog ini.
Terowong 1.6km . . . 40 meter dibawah tanah
Bengkok selepas Tsunami Acheh 2004
Istana Basa Pagaruyung
Makan di Pondok Flora
Tasik Maninjau |
Pelajar Sekolah Padang |
Pak Kamal, Che Nal, Pak Budi (owner butik)
Rp 25,000 sewa baju utk ambil photo . . . haha