26 January 2012

HUtan Lipur Sg Tua

Hutan Lipur Sungai Tua terletak dalam Hutan Simpan Hulu Gombak yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Lokasinya adalah di Ulu Yam. Keistimewaan hutan lipur ialah terdapat sungainya iaitu Sungai Tua, mempunyai batu-batan yang unik. Selain daripada itu terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah yang tumbuh secara semulajadi.

Kemudahan yang disediakan adalah kemudahan untuk mandi, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar melalui persiaran kaki untuk menikmati keindahan alam semulajadi. 

Terletak 10 km dari Bandar Selayang melalui Jalanraya Gombak keUlu Yam,23 km dari Kuala LumpurUntuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Selayang atau Gombak.










No comments: