08 April 2011

Ahmad Sarbani Mohamed


Gambar kenangan tahun 1980 bersama Allahyarham . . .Alfatihah
Penjelasan SPRM Berhubung Penemuan Berhubung Kematian Seorang Pegawai Kastam
di SPRM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam
10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala
Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.
Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin
Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan
Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.
SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah diantara pegawai Kastam
yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam
Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Penama tersebut setelah membantu dalam
siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui
jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari. Penama tersebut telah pun
meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan
melalui jaminan tersebut.
Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke
Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan
menunggang sebuah motorsikal. Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan
pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana
pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di
lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.
Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya
untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang
mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai
berkenaan.
Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah
meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan
pegawai penyiasat. Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali
ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.
Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh
manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

No comments: