30 September 2010

Hutan Royal Belum with Kuku Besi

Pada 24 hingga 26 September 2010 join Kuku Besi untuk aktiviti adventure disamping tujuan beliau mencari lokasi untuk penganjuran kursus fotografi yang akan diadakan pada bulan November 2010 kat hutan royal belum grik, perak. Trip seramai 7 orang semuanya memang best giler dan berbaloi2 melihat keindahan hutan alam semula jadi yg tertua berusia jutaan tahun. Suasana yg amat mendamaikan jiwa dan lokasi2 menarik semasa tracking ke dua lokasi kawasan air terjun. Malam pertama kami bermalam di Pulau Tali Kail dan malam kedua pulak bermalam di Sg. Kejar yg memang berhampiran hutan tebal (hampir sempadan siam, kata guide orang asli). Memang agak penat tetapi berbaloi dan enjoy. Selama 3 hari 2 malam saya disana bersama beliau dan krewnya dapatlah melihat dari dekat cara KB bekerja dan dpt jugak tip2 daripada beliau semasa sesi fotografi . Antara koleksi gambar yg dirakam (malas nak edit) saya paparkan untuk tatapan bersama . . .



















18 September 2010

Light Trail





Outing dengan sdr Hilmie dan Madan dalam usaha merakam light trail dan monochrome diatas jejantas dihadapan Aeon Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang. Banyak praktikal lg yg perlu dipelajari untuk compose gambar disamping mempelajari photoshop untuk editing . . . masih blur lg . . . cam ne nak edit gambar ha . . . hehehe


13 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431


Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam, khususnya kepada pembaca blog ini. Semoga segala salah silap mendapat kemaafan daripada sahabat dan kenalan. Gambar keluarga yang sempat dirakam pada pagi raya selepas selesai menunaikan solat sunat aidilfitri . . .