30 September 2010

Hutan Royal Belum with Kuku Besi

Pada 24 hingga 26 September 2010 join Kuku Besi untuk aktiviti adventure disamping tujuan beliau mencari lokasi untuk penganjuran kursus fotografi yang akan diadakan pada bulan November 2010 kat hutan royal belum grik, perak. Trip seramai 7 orang semuanya memang best giler dan berbaloi2 melihat keindahan hutan alam semula jadi yg tertua berusia jutaan tahun. Suasana yg amat mendamaikan jiwa dan lokasi2 menarik semasa tracking ke dua lokasi kawasan air terjun. Malam pertama kami bermalam di Pulau Tali Kail dan malam kedua pulak bermalam di Sg. Kejar yg memang berhampiran hutan tebal (hampir sempadan siam, kata guide orang asli). Memang agak penat tetapi berbaloi dan enjoy. Selama 3 hari 2 malam saya disana bersama beliau dan krewnya dapatlah melihat dari dekat cara KB bekerja dan dpt jugak tip2 daripada beliau semasa sesi fotografi . Antara koleksi gambar yg dirakam (malas nak edit) saya paparkan untuk tatapan bersama . . .



















No comments: