Sambil ber jogger ke frim, kepong sempat merakam pokok yang menyerupai canopy atau pun map . . . terdapat dilaluan trail jogging untuk sampai ke canopy walk.
Perancangan selama 2 minggu telah dapat dilaksanakan. Penyertaan tanpa diduga telah menarik minat kengkawan menyertai outing dan class basik photoshop. Walaupun pada mulanya jika dapat 5 ke 8 orang cukuplah. Tanpa disangka seramai 12 geng2 photog sanggup turun pada hari ini @ 10 Julai 2010. Insyaallah dimasa hadapan program seperti ini akan diadakan lagi . Thanks to En. Megat @ mr. mie yang sanggup mencurahkan ilmu kepada kengkawan.
1 Julai 2010 mengimbau kembali ke Jengka 19 setelah 32 tahun, pernah tinggal dan berkhidmat disini. Kebetulan sambil menghantar anak ke Uitm Kampus Jengka. Banyak memori suka duka semasa mula bekerja di kawasan felda. Kengkawan pun dah ramai loss contact. Ralatnya cuma tak dapat bersua dengan peneroka2 yang pernah berada dibawah jagaan saya. . . kalau jumpa pun mereka mungkin x ingat dan mungkin jua ada yg telah kembali kerahmahtullah . . . . alfatihah . . . . Beberapa gambar terkini yang sempat dirakam.
dirakam tahun 1978
dirakam 1 Julai 2010(after 32 yrs)
kuarters pegawai
jalan utama
dulu dikenali kedai PKF
hadapan pejabat - tmpt roll call
pejabat bnyk memori disini . .
signage pejabat pentadbiran felda Jengka 19 (Siantan)