25 Disember 2010 sempat gak join events Tamron yang dianjurkan oleh Club Photography Tamron bertempat di ICT Klang (Christmas Outing) mulai jam 7.00mlm hingga jam 9.00mlm. Pertama kali join outing nie . . . tujuan hanya utk mendapat pendedahan disamping dapat berkenal dengan geng2 photog lain . .
26 December 2010
23 December 2010
Langkawi 2
02 December 2010
21 November 2010
Ibadah Korban Htar 2010
Bismillahirahmanirahim
Ibadah Korban Htar telah selamat dijayakan pada 18 November 2010 dengan jumlah 6 ekor lembu telah berjaya disempurnakan oleh kakitangan. Agihan daging korban telah diserahkan kepada kakitagan sokongan 2. Terima kasih diucapkan kepada ahlijawatan kuasa badan kebajikan islam htar yang bersama-sama menjayakan majlis ini.
14 November 2010
Malam Ortopedik
09 November 2010
Gua Kek Look Tong
Perjalanan ke Ipoh tujuan meziarahi rumah saudara di Taman Rapat Jaya sambil singgah sekejap di Gua Kek Look Tong di Taman Rapat Jaya, Ipoh. Sambil menikmati keindahan gua ciptaan ilahi sempat merakam beberapa keping photo untuk kenangan. Perjalanan pulang singgah pula di Cameron Highland melalui simpang pulai dan berada selama 2 jam sahaja diatas sebelum turun jam 6.00 petang.





07 November 2010
Kursus Fotografi En. Fairuz Ibrahim





23 October 2010
Malam Mesra Htar












Malam Mesra Jubli Perak untuk warga Htar sempena ulang tahun 25 bangunan baru htar telah berlangsung di Klang Executive Club pada 22 Oktober 2010 mulai jam 7.45 hingga 11.45mlm.
Majlis dihadiri oleh tetamu2 undangan dan mantan2 hospital yang pernah memberi sumbang bakti di hospital ini. Sebanyak 90 meja telah ditempah memenuhi ruang dewan. Acara2 oleh kakitangan dan pelawak tanah air Ali Mamak telah memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.
Majlis dihadiri oleh tetamu2 undangan dan mantan2 hospital yang pernah memberi sumbang bakti di hospital ini. Sebanyak 90 meja telah ditempah memenuhi ruang dewan. Acara2 oleh kakitangan dan pelawak tanah air Ali Mamak telah memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.
30 September 2010
Hutan Royal Belum with Kuku Besi
Pada 24 hingga 26 September 2010 join Kuku Besi untuk aktiviti adventure disamping tujuan beliau mencari lokasi untuk penganjuran kursus fotografi yang akan diadakan pada bulan November 2010 kat hutan royal belum grik, perak. Trip seramai 7 orang semuanya memang best giler dan berbaloi2 melihat keindahan hutan alam semula jadi yg tertua berusia jutaan tahun. Suasana yg amat mendamaikan jiwa dan lokasi2 menarik semasa tracking ke dua lokasi kawasan air terjun. Malam pertama kami bermalam di Pulau Tali Kail dan malam kedua pulak bermalam di Sg. Kejar yg memang berhampiran hutan tebal (hampir sempadan siam, kata guide orang asli). Memang agak penat tetapi berbaloi dan enjoy. Selama 3 hari 2 malam saya disana bersama beliau dan krewnya dapatlah melihat dari dekat cara KB bekerja dan dpt jugak tip2 daripada beliau semasa sesi fotografi . Antara koleksi gambar yg dirakam (malas nak edit) saya paparkan untuk tatapan bersama . . .











Subscribe to:
Posts (Atom)