20 March 2018

Sky Mirror - Malaysia's Salar de Uyuni

Kali ke dua ke Lokasi ini kerana menemankan serta menunaikan hajat sepupu daripada Johor Bharu untuk pergi buat kali ke dua dalam tempoh dua minggu daripada kunjungan pertama. Kunjungan pertama Klik sini .

Sky Mirror ni satu tempat yang ajaib ! Sebab ianya di tengah laut dan bukan pulau kerana bila air pasang, tempat tersebut akan ditenggelami air setinggi 6 meter (tinggi syiling rumah 2 tingkat) kapal besar pun boleh lalu. Bila air surut, barulah jadi seperti pulau buatan. Disebabkan ada air bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya “sky mirror” pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas lantai cermin. Pemandangannya terlalu cantik, Subhanallah.





























08 March 2018

Sky Mirror

Mungkin ramai yang belum tahu kewujudan sebuah pantai di Sasaran, Kuala Selangor yang suasana seakan-akan Salar de Uyuni. Tahukah anda apa itu Salar de Uyuni ? Susah untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu tapi cukuplah anda melihat gambar di bawah ini dan anda akan faham sendiri.


Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.
Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat.Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina.
















menunggu air laut surut

Air laut mulai surut . . . baru boleh turun drp bot