26 February 2012

Bengkel DSLR - WB & Metering

25 Februari 2012 sekali lagi mengikuti outing Bengkel DSLR di Tasik Shah Alam yang di anjurkankan oleh sdr Adhadi, Agak ramai yang turun pada hari tersebut dan dapatlah berkenal dengan member2 baru yang meminati photografi. Bengkel percuma selama 4 jam amat berfaedah untuk mendapat ilmu dan tips daripada otai2 dan golongan profesional.

gambar ehsan https://www.facebook.com/azuddin.ahmadzin

gambar ehsan https://www.facebook.com/hassan basri


14 February 2012

Bukit Malawati

Melawati Hill is located in the coastal town of Kuala Selangor, a 30-minute drive from Kuala Lumpur. In the late 18th Century, the second Sultan of Selangor had a fortress constructed on Melawati Hill to protect the state from intruders.

The hill provided a vantage point to monitor ships in the Straits of Malacca. Even with a strategic hold, the Melawati Fort yielded to the Dutch cannons. 

It was again destroyed during the Selangor Civil War, when warring factions fought for tin-rich lands. All that remains of the fort now are its cannons, its original foundation stones and fabled execution block. The landscaped hill offers a panoramic view of the Selangor coastline.
Visitors will be delighted to watch the free-roaming Silverleaf Monkeys in the area. The adults are dark-haired with a tinge of silver, while the young ones are a bright orange. Gentle and adorable, they graciously wait for bread or fruits from visitors, unlike the mischievous Long Tail Macaques.
Other attractions here are a lighthouse, a royal mausoleum and a quaint rest house.



13 February 2012

Bengkel DSLR - Asas Speedlite

11 Februari 2012 bersama kawan2, kami menyertai Outing Bengkel Fotografi percuma yang diadakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Memang ramai peminat2 fotografi yang turun ke Cyberjaya pada hari tersebut. Tenaga pengajar adalah saudara Adhadi yang memang sempoi dan melayan peserta dengan baik sekali.



10 February 2012

Custom Album

 

Belajar Buat Design Custom Album melalui DVD ini (buy online disini) . . first time godek2 photoshop dan buat arrangement cam mane layout dan insert gambar . . . perghhh . .  memang tuff jugak sebab basic photoshop x pandai. Walaubagaimana pun dapat jugak terhasil mcm mana nak rekabentuk custom album seperti dibawah ini , , , hehehe


08 February 2012

Nikon D800

Ura-ura dan berita berkaitan dengan Nikon D800 telah pun kedengaran sejak sebelum ini, dan hari ini gambar rasmi untuk kamera 36-megapixel ini mula kelihatan, dengan pengumuman rasminya bakal diumumkan pada hari ini. Dengan lensa 36.3-megapixel, kemaskini kepada Nikon D700 yang dikeluarkan pada tahun 2010 yang lepas ini membolehkan para pengguna merakamkan gambar dengan resolusi 7360×4912 dan juga video HD penuh.

Pada masa yang sama, D800 juga turut sama membawakan skrin LCD 3.2-inci dengan sokongan HDMI, Auto HDR, dan turut didatangkan dengan sokongan USB 3.0 yang semakin digunakan secara meluas untuk penghantaran data lebih pantas.

Harga jualan di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan dianggarkan sekitar
RM10,000.


 

Nikon merupakan pengeluar kamera yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Walaupun pada tahun lepas, Nikon mengalami sedikit masalah, disebabkan oleh masalah banjir di Thailand, meninggalkan kesan kepada pengeluaran dan penjualan mereka, namun Nikon masih kekal sebagai jenama pilihan utama untuk DSLR di Malaysia.

Pada masa yang sama, Nikon juga mengatakan mereka akan cuba mendapatkan pegangan pasaran sebanyak 50% sepanjang tahun ini, setelah mengalami penurunan kepada sekitar hanya 40% tahun lepas.