A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis
selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka,
Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi
menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu
utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).
Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu
panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika
membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari
runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque
boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu
sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja
mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter
hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San
Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo
Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah
menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke
semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan
Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah
& Jalan Istana. Penjajah Portugis
turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat
beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal
menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
sumber drp . .
sumber drp . .