Skim Rondaan Sukarela ataupun lebih dikenali sebagai SRS adalah satu
cabang di dalam sesuatu organisasi Rukun Tetangga. Skim Rondaan Sukarela
ini ialah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah
Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan
1988.
Skim ini dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu
jawatankuasa di dalam organisasi sesebuah Rukun Tetangga manakala
rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di
sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telahpun diwartakan.
Skim Rondaaan Sukarela dijalankan sebagai salah satu langkah untuk
menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga disamping
mambantu pihak Polis dalam usaha untuk mengurangkan kadar janayah yang
semakin meningkat pada masa sekarang.
Sehingga Disember 2009 sebanyak 187 KRT di seluruh negeri
Selangor telahpun menjalankan Skim Rondaan Sukarela ini dan sebahagian
besarnya telahpun berjaya mengurangkan kadar jenayah di kawasan
masing-masing.
Sumber daripada . . . Klik sini