30 March 2011

Tinjauan Hari Keluarga ORL


25 Mac 2011 membuat tinjauan bersama rakan sekerja untuk persediaan hari keluarga jabatan tahun 2011 di pantai peranginan port dickson. Beberapa lokasi telah dicari disekitar pantai peranginan ini, malangnya tidak memenuhi keperluan jabatan untuk mendapatkan jumlah bilik penginapan yang diperlukan. Akhirnya Resort Permaisuri telah dikenalpasti dan dipilih untuk kakitangan bermalam disini untuk acara hari keluarga 2 hari 1 malam. InsyaAllah dengan kemudahan dan tarikh yang dicadangkan hari keluarga jabatan akan dapat diadakan pada 11 Jun 2011 disini.




05 March 2011

Futsal Htar





Sabtu 5 Mac 2011 sempena meraikan sahabat Nazri yang akan memulakan tugas baru dan diserapkan ke jawatan tetap perkhidmatan awam satu acara futsal telah diadakan di sport arena telok gadong . . . sambil bersantai, pusingan round robin untuk menentukan pemberian hadiah kepada pemenang2 dan autograf sahabat2 semua diperolehi untuk dihadiahkan kepadanya. Selamat bertugas dan memulakan perkhidmatan baru disamping minggu hadapan akan menjadi raja sehari . . .