07 September 2011

Pulau Besar, Melaka











Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka sedang membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Muzium Pulau Besar ini dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Besar Melaka hanya untuk melihat dari dekat apa yang terdapat disana. . . . Kami bertolak dengan menaiki bot di Anjung Batu yang jadual waktu perjalanannya setiap 2 jam. Bayaran Bot sebanyak RM14.00 (pergi-balik) dan perjalanan mengambil masa 15-20 minit sahaja. Apa yang menarik disini hanyalah dipenuhi oleh penganut agama islam india muslim . . . haha. Mungkin agaknya masih ada dikalangan mereka masih mengamalkan amalan membayar nazar di makam-makam yang banyak terdapat dipulau ini . . . .




04 September 2011

Salam Aidilfitri 1432 (2011)




slm aidilfitri maaf zahir batin diucapkan kepada semua kenalan yang mengenali saya dan umat islam dimana jua berada . . .