21 November 2010

Ibadah Korban Htar 2010







بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahirahmanirahim

Ibadah Korban Htar telah selamat dijayakan pada 18 November 2010 dengan jumlah 6 ekor lembu telah berjaya disempurnakan oleh kakitangan. Agihan daging korban telah diserahkan kepada kakitagan sokongan 2. Terima kasih diucapkan kepada ahlijawatan kuasa badan kebajikan islam htar yang bersama-sama menjayakan majlis ini.

14 November 2010

Malam Ortopedik











13 Disember 2010 malam ortopedik, Htar Klang diadakan di KEC (Klang Executive Club). Acara tahunan jabatan dan sempat merakam beberapa photo dengan kengkawan sambil menimati jamuan makan malam . . . hehehe

09 November 2010

Gua Kek Look Tong


Perjalanan ke Ipoh tujuan meziarahi rumah saudara di Taman Rapat Jaya sambil singgah sekejap di Gua Kek Look Tong di Taman Rapat Jaya, Ipoh. Sambil menikmati keindahan gua ciptaan ilahi sempat merakam beberapa keping photo untuk kenangan. Perjalanan pulang singgah pula di Cameron Highland melalui simpang pulai dan berada selama 2 jam sahaja diatas sebelum turun jam 6.00 petang.




07 November 2010

Kursus Fotografi En. Fairuz Ibrahim





7 November 2010 (ahad) aktiviti ke 4 diteruskan dengan menjemput penceramah daripada studio 2.8 dari wangsa maju, kuala lumpur untuk menjayakan kursus fotografi dalam bidang How do you define photography, The importance of light and it source in photography, analyzing light's quality and its impact, Lights in combination and organizing them harmoniously. Kursus dijayakan oleh saudara Fairuz Ibrahim dan dibantu oleh kakitangan beliau dan seorang talent. Kursus bermula seawal jam 10.00 pg dan berakhir hingga ke pukul 3.00 ptg. Banyak ilmu dan perkara2 baru diperolehi memandangkan En. Fairuz seorang yg amat berpengalaman disamping mempunyai knowledge yang tinggi. Terima kasih diucapkan kepada studio 2.8 dan kakitangan sokongan beliau.