28 Feb 2010 berjalan pulak ke Putrajaya. Tempat dituju adalah di kawasan tasik berhampiran Pullman dan swimming pool. Menghabiskan masa dihujung minggu bersama famili. Nampaknya pada bulan ini kerap aje ke putrajaya. . . . hehe
28 February 2010
27 February 2010
Bagan Lalang
Bersantai pulak dihujung minggu pada 27 Feb 2010 di Gold Coast Bagang Lalang . . memang ramai pengunjung dalam dan luar negara. Mungkin apabila projek Gold Coast ni siap sepenuhnya . . lg ramai pengunjung akan dtg . . tp kalu nak mandi-manda sorry beb . .Walaubagaimana pun salah satu destinasi pelancongan baru yang boleh dibanggakan di negeri Selangor . . .
26 February 2010
Fraser Hill
Balai Polis . . .
Icon . . . jam besar landmark FH
Gap . . . Pondok kawalan lalulintas
26 Feb 2010 bersama mem dan farah ke Bukit Fraser utk melihat permandangan diatas sana sebab seumur hidup x pernah sampai . . . hehe. Rasa2 ramai jugak daripada rakan2 kita yg masih belum sampai kesana . . .maklumlah tempat x glamour, kalu genting or cameron highland ramai dah sampai . . Anyways not bad, cuaca cantik dan dapat menghirup udara segar serta nyaman.
23 February 2010
Kursus ENT Emergencies
Head of department ORL with Timb. Pengarah
Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Selangor dengan kerjasama Jabatan Otorinolaringologi, Kepala & Leher telah mengadakan kursus untuk Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Timb. Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kursus sehari bertajuk 'ENT Emergencies' telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Feb 2010 bertempat di dewan illmiah, Htar Klang. Semoga para peserta mendapat ilmu pengetahuan kearah memajukan kerjaya disamping dapat memberi perkhidmatan berkualiti kepada pesakit-pesakit. Insyallah . . . . .
15 February 2010
FRIM
15 Feb 2010 @ 5.00ptg kami bersama keluarga Hilmi & Nadia ke FRIM, Kepong untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hutan di samping dapat relaks dan menghirup udara segar. Kawasan yg tenang dan amat sesuai sebagai tempat untuk Hari Keluarga, Permainan Cari Harta Karun, Perkemahan, Aktiviti Melihat Burung, jungle trekking, dan penggambaran photografi. Kepada sesiapa yg inginkan kedamaian dan dapat menghirup udara segar . . . bolehlah bersantai di kawasan in . . . hehe
14 February 2010
Sg Congkak
Sempena cuti tahun baru cina arini bersama famili ke Sg Congkak, Hulu Langat konon nak berpicnic . . . malangnya keadaan sungai yg x berapa cantik airnya dan terlalu banyak kenderaan yg parking kiri kanan jalan . . . ingat nak mencari ketenangan di aliran sungai . . . tp hampeh . . kalu mcm ni lain kali kena gi jugak di kaki bukit genting highland kat batang kali . . . airnya yg sejuk dan bersih . . . !
07 February 2010
Cuci2
Projek cuci cuci di tingkat 11 Blok B di presint 15 Putrajaya bersama ahli famili . . . siap job at 6 ptg . . . next week kena turun lg utk touch up dan kemasan perabut plak . . . anyways environment memang selesa . . . dan nyaman . . umah gomenlah katakan .... hehehe
06 February 2010
Bola Jaring JKNSelangor
Kejohanan Bola Jaring JKNSelangor telah diadakan pada 6 Feb 2010 bertempat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, Klang. Juara adalah pasukan daripada Hospital Ampang. Tahniah diucapkan dan bolehlah mewakili Selangor ke Sukan KKM peringkat Kebangsaan pada bulan Mei 2010 yang akan berlangsung di Kuala Trengganu.
05 February 2010
Kuarters Putrajaya
angkat barang sikit dulu
4 Februari 2010 jam 9.00 mlm buat tinjauan ke kuarters Asraf di Putrajaya yg baru siap dibina di precinct 15 Blok B berhampiran persiaran diplomatik. Mungkin ahad ni kena buat operasi cuci mencuci sebelum masuk menduduki rumah ini. Masih banyak rumah yang belum diduduki penghuni . . . apartment memang canggih dgn fully furnished dan pemandangan cantik kerana dibina diatas bukit. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air . . . sesuai sangat untuk pasangan yg baru berkahwin dan memulakan kehidupan berumah tangga.
Subscribe to:
Posts (Atom)