20 September 2016

Bandar Diraja Pekan Pahang DM

Perjalanan diteruskan daripada kuala rompin untuk singgah sebentar di bandar diraja Pahang iaitu Pekan. Kali pertama dapat melewati istana diraja abu bakar dan kawasan persekitaran Istana.

Istana Abu Bakar telah dibina pada awal 1960-an. Istana ini diberi nama sempena nama Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah, Sultan Pahang yang ke-IV yang memerintah pada masa itu.
Istana ini telah dijadikan Istana rasmi iaitu tempat bagi majlis adat istiadat seperti pengurniaan darjah kebesaran dan di dalamnya terdapat Balairung Seri.





















19 September 2016

Kuala Rompin

13 September 2016 kembara kali ini menuju ke pekan Kuala Rompin Pahang Darul Makmur untuk 3 hari 2 malam. Beberapa keping gambar ada dibawah . . . Tempat penginapan yang dipilih adalah Rompin Beach Resort.

















website Rompin Beach Resort Click here . .

12 September 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1437H


Pergi ke masjid bersama bapa, 
Diajak bersama rakan dan taulan, 
Selamat hari raya Aidil Adha, 
Salah dan silap harap dimaafkan . . .

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Cari pengat sampai ke Sarawak, Pengat dicari di kawasan pokan, Den bizi masak ekau jangan nak melawak, Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Berhati-hati dijalan raya, Biar lambat asalkan selamat, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Pergi ke masjid bersama bapa, Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Adha, Salah dan silap harap dimaafkan.

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Pergi ke masjid bersama bapa, Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Adha, Salah dan silap harap dimaafkan.

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

03 September 2016

International Friendly Match 2016 - Msia Vs Bahrain

Skuad Harimau Malaysia Bawah 22 (B-22) kendalian ketua jurulatih, Frank Bernhardt meraih keputusan 1-2 dengan pasukan Bahrain B-22 pada aksi persahabatan antarabangsa ke dua yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, pada 2 September 2016.
Perlawanan pertama telah pun berlangsung di Stadium Shah Alam pada 30 Ogos 2016 yang berkesudahan seri 0-0.

















27 August 2016

MERDEKA 2016

'Sehati Sejiwa' adalah tema pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 . Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.



24 August 2016

BBQ Santai

Barbeque.. Sebut saja barbeque semua orang tahu apa dia barbeque. Aktiviti panggang dan salai makanan dari sosej, ayam, fillet daging, seafood seperti sotong, ikan bakar dan bermacam-macam lagi.

Barbeque sempena Hari Lahir anak yang bongsu.