22 October 2014
27 September 2014
Muzium Kapal Selam Melaka
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan
krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut
Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh
Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri
Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim,
Pantai Berlian, Klebang, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70
ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober
2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama
pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal
selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.
The Submarine Museum project cost the State Government RM12.6 million
and will be the 25th museums under the management of Perbadanan Muzium
Melaka (PERZIM). The submarine was transported from Brest, France and
successfully arrive in Melaka on 13 November 2011.
23 September 2014
Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka
mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20,
kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad
pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila
menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan
kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka
selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat
sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai
cenderamata.
19 September 2014
Kota Bharu
13 hingga 15 September 2014 kami sekeluarga dengan konvoi 3 buah kereta menjelajah ke negeri Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi mekah dan sempat juga ke Pekan bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur untuk bershopping disamping ronda ronda bandar Kota Bharu. Penginapan untuk 3 hari 2 malam adalah di Kondo Pelangi wall di riverside Sungai Kelantan.
10 September 2014
Bulan
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripdanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria
berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz
satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3
hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari.
Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer
dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah
satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari.
Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam
yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas
Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan
yang sama dengan arang.
Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama
selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang
asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk
daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai
berasal daripada asteroid bersaiz Marikh
yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam
Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam
orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.
Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu
Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat
udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara
dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara
kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara
kawah terbesar di Bulan adalah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan.
Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi
semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskam ombak laut
dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini
yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama
besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung
Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini
hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan
kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini
tidak malar[6].
Klik sumber Wikipedia sini
07 September 2014
Msia Vs Yemen
Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada
perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak
kesampaian apabila tewas 1-0, pada 6-9-2014.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian
Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak
menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta
namun gagal mencetus jaringan.
Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera
serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud
Al Sowadi terselamat.
Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir
Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun
Saoud sudah pun tertewas.
04 September 2014
Langkawi 2014 (2nd visit)
31 Ogos hingga 2 September 2014 kami sekeluarga dan saudara mara seramai 9 orang mengunjungi sekali lagi pada tahun ini buat kali kedua kerana pada 20 hingga 22 Januari 2014 dah pun sampai. Kali ini kami menginap di Homestay D'Padi di mukim Ulu Melaka yang terletak di kawasan sawah padi untuk merasai kedamaian di kawasan kampung .
Homestay D'Padi . . . Klik Sini
Catatan entri tahunan ke Langkawi dibawah ini :-
Langkawi 2014 . . . . Klik Sini
Langkawi again 2013 . . . .Klik Sini
Pantai Chenang Langkawi 2012 . . . Klik Sini
Langkawi Island pada tahun 2011 . . . Klik Sini
Langkawi trip pada tahun 2010 . . . Klik Sini
Subscribe to:
Posts (Atom)













