13 hingga 15 September 2014 kami sekeluarga dengan konvoi 3 buah kereta menjelajah ke negeri Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi mekah dan sempat juga ke Pekan bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur untuk bershopping disamping ronda ronda bandar Kota Bharu. Penginapan untuk 3 hari 2 malam adalah di Kondo Pelangi wall di riverside Sungai Kelantan.
19 September 2014
10 September 2014
Bulan
Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripdanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria
berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz
satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3
hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari.
Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer
dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah
satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari.
Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam
yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas
Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan
yang sama dengan arang.
Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama
selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang
asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk
daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai
berasal daripada asteroid bersaiz Marikh
yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam
Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam
orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.
Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu
Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat
udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara
dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara
kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara
kawah terbesar di Bulan adalah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan.
Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi
semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskam ombak laut
dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini
yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama
besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung
Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini
hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan
kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini
tidak malar[6].
Klik sumber Wikipedia sini
07 September 2014
Msia Vs Yemen
Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada
perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak
kesampaian apabila tewas 1-0, pada 6-9-2014.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian
Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak
menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta
namun gagal mencetus jaringan.
Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera
serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud
Al Sowadi terselamat.
Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir
Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun
Saoud sudah pun tertewas.
04 September 2014
Langkawi 2014 (2nd visit)
31 Ogos hingga 2 September 2014 kami sekeluarga dan saudara mara seramai 9 orang mengunjungi sekali lagi pada tahun ini buat kali kedua kerana pada 20 hingga 22 Januari 2014 dah pun sampai. Kali ini kami menginap di Homestay D'Padi di mukim Ulu Melaka yang terletak di kawasan sawah padi untuk merasai kedamaian di kawasan kampung .
Homestay D'Padi . . . Klik Sini
Catatan entri tahunan ke Langkawi dibawah ini :-
Langkawi 2014 . . . . Klik Sini
Langkawi again 2013 . . . .Klik Sini
Pantai Chenang Langkawi 2012 . . . Klik Sini
Langkawi Island pada tahun 2011 . . . Klik Sini
Langkawi trip pada tahun 2010 . . . Klik Sini
20 August 2014
Disini Lahirnya Sebuah Cinta . . .
Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak
mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan
Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini
telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.
Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap
kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup
belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara
mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita
mestilah kita sendiri.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 pada 31 Ogos 2014.
11 August 2014
Melaka River Cruise
The Malacca River is the river that cuts across Malacca town, on its
way to the Straits of Malacca. It separates the civic district clustered
at the foot of St Paul's Hill, from the residential and commercial
district of Heeren Street and Jonker Street. A flotilla of small boats
transports sightseers up and down past historic buildings, old
warehouses (godowns), interesting mangrove stands, churches, and
villages. The 1998 Sean Connery movie Entrapment was partially filmed
here. Tours last about 45 minutes in boats ranging from 20- to
40-seaters, and normally a minimum of eight passengers is required
before departure.
You can departure on Muara Jetty, next to
Quayside Heritage Centre, close to the Maritime Museum easily
recognisable by the replica of the Portuguese ship Flor De la Mar. From
here the cruise takes you upstream as far as Taman Rempah jetty where
the boat turns around and brings you back to the starting point.
03 August 2014
Salam Aidilfitri 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
























