03 April 2011

Sehari di Melaka

Kg Mortem

River Cruise

Hotel Tertua Di Melaka

Monorail Melaka

Muara Sg Melaka

Sekitar Bangunan Merah

Masjid Selat Melaka



Sabtu 2 April 2011 tanpa dirancang terus turun ke Bandaraya Melaka Bersejarah hanya untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu. Tempat dituju adalah Melaka Wonderland, Taman Botanical di Ayer Kroh. Selepas itu pula menyambungkan perjalanan ke destinasi Melaka River Cruise serta mencuba pula perkhidmatan Monorail Melaka sebelum lokasi akhir di Bandar Hilir untuk menunaikan solat di Masjid Selat Melaka.
.


30 March 2011

Tinjauan Hari Keluarga ORL


25 Mac 2011 membuat tinjauan bersama rakan sekerja untuk persediaan hari keluarga jabatan tahun 2011 di pantai peranginan port dickson. Beberapa lokasi telah dicari disekitar pantai peranginan ini, malangnya tidak memenuhi keperluan jabatan untuk mendapatkan jumlah bilik penginapan yang diperlukan. Akhirnya Resort Permaisuri telah dikenalpasti dan dipilih untuk kakitangan bermalam disini untuk acara hari keluarga 2 hari 1 malam. InsyaAllah dengan kemudahan dan tarikh yang dicadangkan hari keluarga jabatan akan dapat diadakan pada 11 Jun 2011 disini.




05 March 2011

Futsal Htar





Sabtu 5 Mac 2011 sempena meraikan sahabat Nazri yang akan memulakan tugas baru dan diserapkan ke jawatan tetap perkhidmatan awam satu acara futsal telah diadakan di sport arena telok gadong . . . sambil bersantai, pusingan round robin untuk menentukan pemberian hadiah kepada pemenang2 dan autograf sahabat2 semua diperolehi untuk dihadiahkan kepadanya. Selamat bertugas dan memulakan perkhidmatan baru disamping minggu hadapan akan menjadi raja sehari . . .



28 February 2011

Kota Kinabalu







Pertama kali menjejak kaki ke Malaysia Timur dengan penerbangan tambang murah AirAsia untuk percutian 3 hari 2 malam bersama keluarga . . . pada 26 hingga 28 Februari 2011. Tempat yang sempat dilawati adalah di kaki Gunung Kinabalu (yag memakan masa perjalanan 2 jam lebih dari bandar Kota Kinabalu), Air Panas Poring, Taman Buaya Tuaran dan sekitar bandar. Memandangkan masa yang tak mencukupi tak sempat nak gi join island hoping . . . gambar2 lain akan diupload lagi . . . insyaAllah


15 February 2011

Presint 5 Putrajaya





14 Feb 2011 jalan2 ke sekitar tanah jajahan Presint 5 Putrajaya bersama sahabat dan inilah antara landscape yang sempat dirakam . . bermula jam 8.30mlm hingga 10.00mlm kami berada disekitar untuk merakam gambar diwaktu malam . . hasilnya masih x puas sbb gambar tak cantik seperti orang lain . . hampeh . .!


05 February 2011

Kuala Linggi



Sempena Cuti Tahun Baru Cina pada 4-2-10 menghabiskan hari cuti umum turun ke Melaka . . . . . tempat dituju Kuala Linggi dan kawasan sewaktu dengan nya . . .

12 January 2011

Tg Giler



Sekitar di perairan tanjung giler (tg harapan) yang sempat dirakam . . . . kembali sekali lg ke lokasi nie.

10 January 2011

Morib


Pantai Morib selepas kerja2 naik taraf dilakukan pada tahun 2010 . . . dan kini telah dibuka kepada orang awam untuk bersantai dan berkelah . . .



02 January 2011

Tanjung Harapan



Lokasi di Tanjung Harapan (atau pun ama glamour as tanjung gila) Pelabuhan Klang . . . .

01 January 2011

Bunga Api di ICT Klang


gambar bawah ni . . . bukan bunga api . . haha

Ambang malam tahun baru 2011 ke ICT sekali lagi bersama keluarga untuk melihat pertunjukan bunga api tepat jam 12.00mlm. . . hanya dengan tujuan mencuba buat pertama kali untuk merakam gambar bunga api walau pun kelengkapan kamera (shutter release) tiada. Saja cuba dengan setting yag dipelajari senndiri. Kesesakan jalan raya agak teruk dan tiada apa pun yang istimewa melainkan acara bunga api yg tak sampai 10 minit pun . . hairan gak kenapa manusia berpusu2 ke sana . . . hehe . . . . fikir2kan sendiri !


26 December 2010

ICT Tamron

25 Disember 2010 sempat gak join events Tamron yang dianjurkan oleh Club Photography Tamron bertempat di ICT Klang (Christmas Outing) mulai jam 7.00mlm hingga jam 9.00mlm. Pertama kali join outing nie . . . tujuan hanya utk mendapat pendedahan disamping dapat berkenal dengan geng2 photog lain . .

23 December 2010

Langkawi 2




Cuti2 Msia ke Langkawi bersama keluarga ke Pulau Lagenda Langkawi pada 21 hingga 23 Disember 2010 . . . kali akhir ke Langkawi tahun ni pada bulan Mac 2010 . . dan x banyak perubahan yang berlaku . .