30 May 2010

Camang


Berkelah sambil bersantai di Air Terjun, Hutan Lipur Camang, Bentong Pahang bersama keluarga di hujung minggu. Tempat yang menarik dan bersih tetapi agak jauh jugak perjalanan nak sampai kesini. walaubagaimana pun dengan persekitaran yang nyaman dan tenteram amat sesuai untuk merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam ciptaan illahi.


29 May 2010

night at putrajaya



last minute . . not in planning, went to putrajaya for shoots night scenery . . .

24 May 2010

Rokok Elektronik



Untuk menjimatkan kos disamping mengekalkan utk bergaya tanpa menjejaskan paru2 . . . . betul ke ? Kosnya cume RM280 on line . . . salah satu cara utk berhenti merokok kerana tanpa tembakau dan x leh kena saman dibawah akta merokok ditempat awam ! hehe

23 May 2010

Nurarissa


Diam x diam Nurarissa dah pun berusia 7 bulan pada may 2010 . . . cucu pertama . . semoga cepat besar dan sihat selalu . . . insyaallah.

09 May 2010

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi








8 May 2010 on the way to uitm jengka, kami sekeluarga drop by at Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentong kerana x pernah sampai. Tujuan hanya satu . . . melihat apa yang ada di atas bukit sana. Beberapa photo yang sempat dirakam . . . dipaparkan di sini.

10 April 2010

Family Day

Kakitangan Jabatan ORL & Keluarga

Pakar2 ORL . . .

bergambar semasa sarapan pagi . .

Acara melukis untuk anak2 . . .

acara tarik tali lelaki je . . .

warm-up poco2 sebelum bermula sukaneka . . .

mengail botol . . .

BBQ . . .

terima hadiah . . .




Acara Tahunan Hari Keluarga Jabatan ORL, Htar Klang telah berjaya dianjurkan pada 10 dan 11 April 2010 bertempat di Kalumpang Resort Training Centre, Hulu Selangor. Majlis diserikan dengan BBQ, cabutan bertuah, Karaoke, acara rebut kerusi, teka biji betek dll pada sebelah malam. Kesokan harinya sukaneka diadakan dengan penyertaan kakitangan serta keluarga. Acara amat meriah dan happening disamping dapat mengeratkan lagi tali silatul rahim antara kakitangan. Insyallah ditahun hadapan majlis ini akan dapat diadakan ditempat lain pula . . . .

30 March 2010

Langkawi

27 hingga 29 Mac 2010 kami sekeluarga bercuti di pulau Langkawi. Departure from KLIA at 11.am and reach at Pulau Langkawi at 12.oo noon. Flight Airbus 320 memang selesa kalau dibandingkan dgn 737 . . . Fare memang murah kalu book awal dibandingkan dgn air asia. . . Ini adalah kali ke 5 kami sekeluarga bercuti untuk 3 hari 2 malam di pulau lagenda. . . . sambil shopping . . . maybe next year we will go again.

seat airbus 320

gate 6 . . waiting area at klia


sehala rm74.00


view from seat

mendarat di Langkawi

hotel helang

cable car

tasik dayang bunting

pantai beras basah

dah nak balik . . . .

21 March 2010

Palong Timur 1

8.00am departure from ACC, Htar

kompang Felda Timur 1

doa pengantin . . amin

office mate . .

Sidah & Selamat

segak & bergaya . .

dah nak balik . .

20 March 2010 ke majlis perkahwinan Sidah di felda palong timur 1. Rombongan cik kiah (glamour tuu) satu bas dengan 40 penumpang bergerak jam 8.00pg dari lobi kompleks acc htar. Agak jauh jugak perjalanan . . . ikut highway kuar tol alor gajah, tampin, gemenceh, pasir besar dan terus ke gugusan palong. . . . sampai jam 1.20t/hari . Apa lg perut dah lapar satu bas serbu khemah utk mengisi perut. Nasib baik rombongan pengantin x sampai lg . . dpt ler relax dan bersantai. . . ketibaan rombongan lelaki agak lewat jugak dan kami bertolak pulang jam 3.30ptg melalui bahau, pilah dan kuar tol senawang. Jam 8.00mlm kami selamat sampai ke htar. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat . . . tiada ape ape masaalah yg besar timbul . . yg penting keselamatan penumpang . . . hehehe

07 March 2010

Pesta Sukan Air



Pada 7 Mac 2010 sekali lagi kami ke Putrajaya untuk melihat Pesta Sukan Air . Pengunjung telah dihiburkan oleh Zahid dan Farah . . malangnya jumlah penonton x seramai yg dijangka. . . mungkin sukan air nie x segah sukan lain kut . . lps tu ingat nak gi swim kat kolam renang sebelah tasik tu je . . . malangnya terpaksa ditangguhkan minggu hadapan . . nak ajak kaum kerabat ramai sikit baru best dan kena pilih waktu mlm, baru sejuk . . . hehehe . . .

06 March 2010

Pantai Kelanang

pantai yg x leh mandi . .

pemain lepak bawah pokok . . .

aksi pemain kuala langat . . .


Agak mendukacitakan dengan sambutan di Kejohanan Bola Tampar JKNSelangor pada 6 Mac 2010 di pantai kelanang. . . . kerana kurangnya penyertaan daripada kakitangan perubatan dalam negeri selangor . Hanya pemain-pemain saja yg datang . . kenape heh . . kurang publisiti ke atau silap penganjur ?