14 February 2010

Sg Congkak




Sempena cuti tahun baru cina arini bersama famili ke Sg Congkak, Hulu Langat konon nak berpicnic . . . malangnya keadaan sungai yg x berapa cantik airnya dan terlalu banyak kenderaan yg parking kiri kanan jalan . . . ingat nak mencari ketenangan di aliran sungai . . . tp hampeh . . kalu mcm ni lain kali kena gi jugak di kaki bukit genting highland kat batang kali . . . airnya yg sejuk dan bersih . . . !

07 February 2010

Cuci2

signage

Blok C3 . . dah siap tp belum berpenghuni

Persiaran Diplomatik

jom go back . .

dah nak balik . .

Projek cuci cuci di tingkat 11 Blok B di presint 15 Putrajaya bersama ahli famili . . . siap job at 6 ptg . . . next week kena turun lg utk touch up dan kemasan perabut plak . . . anyways environment memang selesa . . . dan nyaman . . umah gomenlah katakan .... hehehe

06 February 2010

Bola Jaring JKNSelangor




Kejohanan Bola Jaring JKNSelangor telah diadakan pada 6 Feb 2010 bertempat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, Klang. Juara adalah pasukan daripada Hospital Ampang. Tahniah diucapkan dan bolehlah mewakili Selangor ke Sukan KKM peringkat Kebangsaan pada bulan Mei 2010 yang akan berlangsung di Kuala Trengganu.

05 February 2010

Kuarters Putrajaya




melihat kebawah dari tingkat 11

ruang tamu

angkat barang sikit dulu

4 Februari 2010 jam 9.00 mlm buat tinjauan ke kuarters Asraf di Putrajaya yg baru siap dibina di precinct 15 Blok B berhampiran persiaran diplomatik. Mungkin ahad ni kena buat operasi cuci mencuci sebelum masuk menduduki rumah ini. Masih banyak rumah yang belum diduduki penghuni . . . apartment memang canggih dgn fully furnished dan pemandangan cantik kerana dibina diatas bukit. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air . . . sesuai sangat untuk pasangan yg baru berkahwin dan memulakan kehidupan berumah tangga.


28 January 2010

Kalumpang Resort






Membuat tinjauan lokasi bersama rakan sejawat pada 28 Jan 2010 utk menentukan lokasi hari keluarga Jabatan yg akan diadakan pada bulan April 2010. Tempat agak menarik dengan aliran sungai yang cernih . . cuma landscape sekeliling perlu di touch up sikit supaya sedap mata memandang . . . malangnya tarikh yang diingin tidak dapat menampung jumlah anggota yang ramai pada tarikh yg dicadangkan . . . agak2nya kena meeting lg kut . . .

23 January 2010

Kejohanan Olahraga JKNSelangor

meja multimedia & PA Sistem

petugas2 yg hebat

grand stand

lens pro . . . resakse's Lens

saringan 100 meter

separuh akhir 100 meter

Turun ke padang Sultan Sulaiman Klang sambil menyaksikan kejohanan olahraga Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat negeri Selangor . . .pada 23 Jan 2010. Saringan dimulakan dari awal pagi untuk memilih pemenang yg akan mewakili Selangor ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Trengganu pada bulan Mei 2010 . . . kalau x ada aral syok juge gi sambil jalan2 cari makang . . . hehe

12 January 2010

Asraf & Ernie

asraf & ernie

Geng Rewang

Pelamin

My Family

Alhamdulillah majlis perkahwinan yg berlangsung pada 10 Januari 2010 (Ahad) telah berjalan dengan lancar di Taman Sri Andalas, Klang diiringi cuaca yg sangat baik . . . terima kasih kepada saudara-mara, sahabat dan kenalan yang hadir. Andainya terdapat kekurangan maaf saja yang mampu diminta . . . hehe


29 December 2009

WalimatulUrus





Majlis Raja Sehari Asraf dan Ernie Yusnie telah selamat diadakan pada 27 Disember 2009 di Bt 30 1/4, Kg Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka. Walaupun sekeliling jajahan takluk kuala sg baru hujan tetapi disini cuaca amat baik sekali . . . syukur alhamdullilah . . thanks to bro hilmi yg banyak membantu dlm tembak menembak fotografi . . . utk majlis tersebut dan sanak saudara yang sama mengiringi rombongan pihak lelaki.


21 December 2009

Bertunang




Majlis pertunangan anak saudara . . . Ayu dan Rahim telah selamat diadakan pada 20 Disember 2009 bertempat di Taman Paroi Jaya, Seremban. Majlis dihadiri oleh saudara terdekat. . . . . sambil tu menyibuk pulak ambik shoot.

11 December 2009

Tasik Shah Alam

11 Disember 2009 sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor . . outing bersama sdr megat (d80) dan azri yg membawa gear film (kamera cikgu manisah tuu) cayalah . . thanks to bro berdua yang banyak mencurah ilmu semasa sessi tt tu . . .






06 December 2009

Banda Hilir






5 Disember 2009 turun ke Bandar Hilir Melaka bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara . . memang minggu ni ramai sangat jemputan.... terpaksalah pilih yang priority dulu walaupun jauh. Selamat pengantin baru diucapkan semoga kekal hingga akhir hayat. Sempat berkenalan dengan member fotograpi yang konsisten dengan job yang diberi.... syabas bro . . dan kandid adik merajuk meminta sesuatu drp abahnya.

03 December 2009