

angkat barang sikit dulu
4 Februari 2010 jam 9.00 mlm buat tinjauan ke kuarters Asraf di Putrajaya yg baru siap dibina di precinct 15 Blok B berhampiran persiaran diplomatik. Mungkin ahad ni kena buat operasi cuci mencuci sebelum masuk menduduki rumah ini. Masih banyak rumah yang belum diduduki penghuni . . . apartment memang canggih dgn fully furnished dan pemandangan cantik kerana dibina diatas bukit. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air . . . sesuai sangat untuk pasangan yg baru berkahwin dan memulakan kehidupan berumah tangga.












































